
“Bayangkan malam yang sunyi, seorang anak kecil terjaga di tengah kegelapan di bawah khemah koyak, tanpa ibu bapa, hanya rebah dalam tangisan menahan sejuk, lapar, dan trauma. Di Gaza, sekitar 39,384 kanak-kanak telah kehilangan salah seorang atau kedua ibu bapa selepas serangan menjadikan ini krisis anak yatim terbesar dalam sejarah moden”
Fakta Ringkas: Anak Yatim Gaza & Krisis Kebuluran
-
39,384 anak di Gaza telah kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya sejak perang bermula.
-
Lebih 17,000 kanak-kanak kini hidup tanpa kedua ibu bapa langsung – yatim piatu sepenuhnya.
-
Hampir 18,000 bayi bawah umur 1 tahun telah terbunuh akibat serangan dan kekurangan makanan.
-
Pada Mei 2025 sahaja, seramai 5,119 kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun telah dirawat akibat kebuluran teruk.
Setiap hari, purata 112 kes baharu kebuluran dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak di Gaza.
“Tangis Malam Gaza: Anda Boleh Menyalakan Harapan Mereka”
“Sejak serangan bermula pada Oktober 2023, Gaza kini menyaksikan 39,384 anak kehilangan tempat bergantung. Bayangkan mereka anak kecil berlari dari runtuhan, mata kosong diselubungi jeritan, menahan dahaga dan lapar di khemah sementara. Misi kita? Menyalakan semula harapan mereka bekalan makanan, khemah selamat, rawatan perubatan dan sokongan psikologi.”
Kenapa Anda Perlu Bertindak Sekarang:
“Dalam Mei 2025 sahaja, 5,119 anak berusia 6 bulan hingga 5 tahun perlu rawatan kerana malnutrisi akut. Tanpa bantuan segera, ramai berdepan maut.” “Kebanyakan hospital terpaksa tutup, air dan makanan kritikal tiada malah 1 juta kanak-kanak kini tidak menerima sebarang bantuan asas.
Ibu Tunggal Gaza Menangis Minta Pertolongan
Setiap Ibu Adalah Pahlawan — Tetapi Di Gaza, Mereka Juga Jadi Mangsa.
Bayangkan menjadi ibu tunggal, tinggal di khemah usang, anak kecil menangis kelaparan, dan tiada siapa yang boleh diharap. Di Gaza hari ini, beribu-ribu wanita kehilangan suami, rumah, dan harapan.
Fakta Yang Tidak Boleh Diabaikan
Fakta Kejam Penjajahan Israel di Gaza (sejak Oktober 2023):
-
55,000+ rakyat Palestin terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh penjajah Israel.
-
17,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu sepenuhnya.
-
39,384 kanak-kanak kehilangan sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa.
-
Lebih 50,000 wanita hamil, ramai terpaksa melahirkan anak tanpa ubat bius atau peralatan asas.
-
Purata 1 bayi atau ibu meninggal dunia setiap 10 minit, akibat kelaparan, jangkitan, atau ketiadaan rawatan.
Bayangkan kegelapan malam Gaza, tangisan bayi yatim yang menggigil menahan sejuk dan lapar. Ibu tunggal mengusap dahi anaknya yang demam, berharap sumbangan dari anda menjadi penawar. Tiada tempat, tiada susu, tiada harapan sekadar iman yang terus bertahan.
BANTUAN ANDA TELAH SAMPAI
Bantuan Kecemasan Gaza
Projek Takiyah (Dapur Kebajikan) di Gaza, hasil kerjasama bersama rakan pelaksana kami, Ummet Vakfi.
Follow Instagram kami untuk melihat banyak sumbangan yang telah sampai
nisa.alkhair_care
------------------------
1. Sedekah tidak mengurangkan harta
"Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah akan menambah kemuliaan bagi orang yang suka memaafkan, dan siapa yang tawaduk kerana Allah, maka Allah akan meninggikannya."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2588)
2. Lindungi diri dari neraka walau dengan sedikit sedekah
"Lindungilah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebiji kurma."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Allah melipatgandakan ganjaran sedekah
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki."
(Surah al-Baqarah: 261)
------------------------
Sertai Saluran Telegram Kami Sekarang!
Dapatkan info pantas, tepat dan eksklusif terus ke telefon anda tanpa algoritma, tanpa gangguan.